Pages

Sunday, August 8, 2010

Comic-sketch of the Arabian-Nights flavour

Sketsa ini agak ada lain dari yang lain. Ini kerana pada kebiasaannya sebarang lagu yg selalunya didendangkan oleh seorang lelaki pada lazimnya di tujukan kpd kaum perempuan, gadis atau wanita ........ tapi ini pulak lagu memuji memuja seorang lelaki yg bernama Ali Baba. Dan satu lagi kalau di era 'Arabian Nights' atau era 'Seribu Satu Malam' kita tidak akan miss dgn tarian gelek perempuan2 Arab (dari negara2 TimurTengah) yg lebih dikenali sebagai belly dancers. Namun, lain bagi persembahan lagu Ya Habibi AliBaba ini, dimana ianya ditarikan oleh lelaki (iaitu Ali Baba sendiri lakonan Aziz Sattar) bergandingan dgn P.Ramlee yg membawa peranan sebagai Ketua Penyamun ....... dimana kedua2 mereka menari2 berpasangan sambil didendangkan (oleh Ketua Penyamun) dgn lagu2 memuji2 memuja2 akan AliBaba. Pelik dan ganjil dari lagu2 atau persembahan2 dari lain2 adegan nyanyian dan tarian. Namun, persembahan sesama jantina (lelaki) pun ada juga istimewa dan menariknya dalam segi showmanship & performance pada keseluruhannya. Amat menghiburkan sekali.....walaupun tanpa diketengahkan penari2 'belly dancers Timur Tengah'.
It's very entertaining to watch this clip.
Rumusannya: Ini nampaknya suatu simbolik yg boleh di kategorikan sebagai 'killer song'. The song that kills.
Memang tujuan asal si penyanyi ni pun (iaitu Ketua Penyamun) - nawaitunya sememangnya bertujuan untuk membunuh - membunuh Ali Baba (rivalnya) sambil menyanyi2 dan mendendangkan lagu ini. Namun, lagu ini pun di akhiri dgn si Ketua Penyamun sendiri sebagai penyanyinya mati di tikam oleh Marjina (pembantu Ali Baba) .... juga end-up as a 'killer-song' jua...... since the singer himself got killed (- backfired - seolah2 mcm senjata makan tuan). Anyway, very entertaining to watch even for several times.

No comments:

Post a Comment